puisi p[uisi puisi puisi puisi pusis pusisi pusis pusis [uisi pusis puisi ~> hasil type 388km/j
Badai Kehidupan.
Butir-butir kecewa
turun bersama hujan pagi
banjir airmata di bumi
semakin luas daerahnya
enapan lumpur ingatan
menyumbat aliran nafas di dada
di sarang fikrah
sisa-sisa penyesalan
bertakung tentang cerita insan
yang lemas di dalam makna kedewasaan.
Di lorong jiwa yang sempit
aku terhimpit dengan batu-batan dugaan
beratnya walang untukku alihkan ke tepi
kerasnya dinding lakunya melukakan diri
aku terkurung sunyi di kaki tembok waktu.
Sewaktu layari badai perjalanan
jejari gelombang menekanku ke dalam
lantai hidup
kudrat taufan baling jasadku ke angkasa luas
raksasa telan aku ke dalam nafsunya
terkontang kantingku tanpa perhatian
didikan yang ku hulurkan rayu
tidak pernah disambut
harga hidup tanpa perhatian
rugi nilai bakinya.
Tolong binakan aku sampan hayat
untukku belah lautan penderitaan
di sudut hati yang dalam
masih ada ruang nyawa
aku mahu renang semula ke dasar keinsafan
timbul di permukaaan citra
ku ingin bina semula teratak semangat
di pesisir kehidupan sehingga bertemu
kekasih abadi.
sabturday_ini@yahoo.com
SEKSYEN 13, SHAH ALAM.
Berontakan.
Dari saat Adam dicampak dari taman syurga
hinggalah ke penghujung masa
manusia tidak akan insaf
enggan mengambil pengajaran
masih berbunuhan
tetap menimbulkan kekacauan.
Sejarah adalah putaran semalam
sedarlah betapa ruginya hidup berontakan.
sabturday_ini@yahoo.com
SEKSYEN 13, SHAH ALAM.
Bubus Si Kecil.
Dari terbit kermizi
sehingga terbenam suria
anai-anai merobek kayu
jatidiri dimamah dalam senyap
lalu lantai budaya rapuh
tiang peradaban retak
dinding nusa pecah
sebuah negeri bangsa dalam bahaya.
Anai-anai kecil
bertali arus berdusta di hadapan mata
fitrahnya haiwan pekerja
tanpa sedar merosak harta
tapi kita biarkan sahaja
kerana dalam singkat fikrah
ia cuma makhluk kecil
tiada kudrat menawan asa
tiada daya meragut nyawa.
Senja yang jingga
di bebayang garis barat
tersenyum seekor pemaisuri
menyaksi sebuah citra kehidupan
terkubur disebalik runtuhan
akibat kalimat biarkan sahaja
dan sikap tidak apa..
sabturday_ini@yahoo.com
SEKSYEN 13, SHAH ALAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment