Saturday, November 8, 2008

i think sometimes this blog should show my knowledge too (~o*)//

Aku tulis rencana ni masa awal sem untuk report kelas Art History.
Guwe repeat kelas ne beb.. wahahaha~~~

Perkataan estetika telah diambil daripada perkataan Yunani yang berbunyi ‘Aesthesis’ yang terkandung dalam kajian falsafah keindahan (The Science of Beauty). Perkataan estetika merungkaikan kecantikan itu sebagai tarikan seni yang bersifat subjektif. Sebagai contoh, jika bunga mawar sering dikaitkan dengan nilai kecantikan keayuan, kemanisan dan kejelitaan seorang gadis, terdapat juga falsafah yang merungkaikan mawar itu bukan sebagai subjek keindahan tetapi sebagai subjek yang tidak baik melalui peribahasa Inggeris lama, ‘Every Rose Have Their Own Torn’.

Seni Islam muncul di sebalik gaya-gaya seni yang rata-rata mendominasi pemikiran dan pergerakan ahli seni di dunia termasuk Malaysia. Bermula dengan lukisan dinding di Gua Altamira di Sepanyol Utara 40 000 tahun lalu sehinggalah jejak kesenian itu berlarutan kepada gaya seni Plakatstil di Jerman, seni Noveau, seni Jugenstil, Kubisma, Dadaisma, Konstuktisma, seni Deco, Sekolah Seni Bahaus, seni Surrelisma, seni Pop, seni Punk dan sehinggalah Post Modenisma di Zurich, Switzerland, Sepanyol dan Belanda pada pertengahan tahun 1960-an. Malah, gaya seni dunia sedang cuba menerobos satu seni baru iaitu Futurisma.

Budaya Melayu mempunyai konsep tertentu mengenai kecantikan. Kecantikan Tun Teja diungkapkan dalam Hikayat Melayu Lama Hang Tuah, “Rupanya terlalu amat elok seperti purnama empat belas haribulan, gilang gemilang, kilau kilauan, tiada dapat ditentangnya”.

Estetika seni memberitahu dengan jelas bahawa nilai keindahan itu merupakan sebuah persepsi individu bagaimana mereka menerima ilmu pengetahuan tentang dunia. Estetika seni barat mengubah pemikiran manusia di dunia untuk menerima penciptaan benda, ikon manusia, kehebatan teknologi, kuasa wang ringgit dan hiburan sebagai subjek seni yang paling hebat. Sebab itu, wujudnya penggerak seni Islam yang beria-ia mengubah persepsi dan ribut minda yang bersarang dalam benak kepala dan otak bangsa Melayu untuk kembali kepada yang asas iaitu Melayu itu sebahagian daripada Islam dan tiada Melayu tanpa Islam.
Sekian.

No comments: