Thursday, December 4, 2008

Mesin Masa Yang Hebat!

Pada suatu hari, seorang lelaki mencipta sebuah mesin masa. Dia mengambil masa hampir 60% daripada jangka hayat hidupnya untuk mencipta mesin itu. Pada hari kejayaan dia mencipta mesin itu, dia pun mati.

Lalu mesin masa itu telah digunakan oleh isterinya untuk kembali ke zaman awal perkahwinan mereka iaitu 40 tahun yang lalu. Isteri lelaki tadi telah mempsiko suaminya untuk tidak mencipta mesin itu. Ini kerana isteri lelaki itu telah diabaikan selama 40 tahun kerana usaha lelaki tadi.

Setelah kembali ke 40 tahun yang lalu, suami isteri itu hidup normal seperti orang lain sampai akhir hayat mereka.

2 comments:

notty heartless said...

dan tak wujudnye mesin masa?? hurm, tindakan yg tak bijak oleh isteri, bagi membahagiakan diri dia, dia mengorbankan penciptaan terbaik dunia... berbaloika?
hurm... pikir2... kebahagian atau pengorbanan...
berjaya mencipta mesin masa oleh suami adalah KEJAYAAN N KEBAHAGIAN suami sebenarnye, biar pun dia mati ketika hari kejayaan, dia tahu, AKHIRNYA, dia adalah hebat n berjaya!!

sabturday said...

notty heartless, aku taknak cipta mesin masa, aku nak cipta remote control ajaib kawal masa but camane pusing plot pon, mesti kejam gak dunia nee... lalalalaaa~~~